Blogger Templates

Friday, December 9, 2011

Kuala Lumpur International Batik (KLIB) 2011

Assalamualaikum..

Kami akan mengadakan promosi batik sutera di KL convention center mulai 9 Dis - 11 Dis 2011. Pameran Batik exchange akan diadakan di Hall 4 KLCC bermula jam 1030pagi-7petang... anda di jemput beramai-ramai ke pameran ini. Fashion show plak akan diadakan pada 9-10 Dis iaitu esk dan lusa jam 12Tghri-3.30ptg.

Jom Beramai-ramai ke Persada Sutera esok... ;)












Thursday, November 24, 2011

PROMOSI KRAF DI KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM

Assalamualaikum,

Persada Sutera akan mengadakan promosi kraf di PKNS Shah Alam bermula hari ini 24 November 2011 sehingga 30 November 2011. Jam 9.30pagi - 8.30malam. Anda boleh dapatkan koleksi dan corak-corak kain batik sutera yang terbaru dari kami dengan harga yang terbaik..maklumlah akhir tahun kan Year end Sales..So kami pun buat YES juga untuk peminat tekstil kraf negara. Booth kami terletak berhadapan REDzz salon selajur dengan Avon..


Jangan tunggu lame tau..nanti kehabisan stok.. Jom beramai-ramai ke Kompleks PKNS Shah ALam..


Monday, October 3, 2011

Jenis-jenis Batik Sutera

Salam, 

Hari ini PS nk share sikit info tentang jenis-jenis sutera..walaupun ada yang telah kenal tetapi tidak semua yang tau. Antara jenis sutera yang digunakan ialah: 

  • Satin - Merupakan sutera terbaik . Untuk mengenali sutera jenis ini , perhatikan kainnya ... jika tiada apa2 corak di dalam kain , ianya adalah 100% original satin . Ada sesetengah peniaga online menulisnya sebagai satin , tetapi harus berhati2 jika anda inginkan pior satin , anda harus bertanya pada mereka sama ada satin jacquard atau satin original .
  • Chiffon - Kainnya seakan Crepe tetapi ianya lebih jarang , biasanya memerlukan alas di dalam untuk memakainya.
  • Crepe -Kainnya agak nipis tetapi tidaklah senipis chiffon. Bergantung kepada pemakai samada hendak memasang alas baju (lining) atau tidak. Kebiasaannya tidak perlu, memandangkan kainnya yang tidaklah terlalu jarang.Tiada texture dikain dan tidak berkilat seperti sutera satin. Jenis kain ini sangat lembut dan sejuk dan semestinya juga amat selesa dipakai
  • Jacquard -Kainnya berkilat seakan satin tetapi jika diperhatikan betul-betul ada texture  bunga(jacquard) sedikit atau byk pada kain tersebut. 
Sutera Jaquard.
  • Ryon Jacquard - Juga di kenali sebagai Jacquard no 2 , kainnya sedikit keras tetapi masih sedap di pkai dan tidak panas . Kain jenis ini juga adalah yang paling murah.

Penjagaan Batik Sutera

Batik yang baik terhasil berdasarkan rekacorak yang menarik. Untuk menghasilkan rekacorak yang menarik mengambil masa yang lama. Banyak wang dilaburkan oleh pemakai-pemakai batik tulis sutera untuk mendapatkan pakaian yang anggun. Oleh itu, kecantikan koleksi sutera ini harus dijaga. Warna yang luntur dan kehilangan sinar sutera akan berlaku jika sutera yang dimiliki tidak dijaga dengan baik. Artikel ini menerangkan tips ringkas penjagaan batik sutera.
  • Pakaian batik boleh dicuci dengan menggunakan syampu rambut. Sebelum itu, pastikan anda larutkan dahulu syampu (jangan ada ketul-ketul syampu). Setelah itu barulah kain batik dicelupkan. Ada juga yang menggunakan pencuci khas yang di keluarkan oleh pengeluar Batik. 
  • Jangan mencuci batik sutera dengan menggunakan mesin basuh. Cara mencuci kain batik seperti ini akan membuat warna semula jadi batik tidak akan bertahan lama. 
  • Jangan rendam batik sutera terlalu lama dan jangan gosok fabrik sutera mengunakan berus, cukup hanya sekadar mengangkat-celup 
  • Anda sebaiknya juga tidak menyembur perfume atau minyak wangi secara terus ke kain atau pakaian batik sutera. Ia boleh menyebabkan warna batik sutera menjadi pudar dan boleh merosakkakn fabrik sutera. 
  • Jangan menjemur batik tersebut di bawah cahaya matahari secara terus. Ini akan memudarkan warnanya terutama untuk sutera berwarna terang.






*artikel dr cik.google.

Saturday, May 28, 2011

Promosi Kerja Kahwin 2011 (Persada Sutera)



Assalamualaikum..

Kami sedang mengadakan promosi Kraf jualan batik sutera di Promosi kerja Kahwin 2011..
bermula

Tarikh : 26 Mei – 06 Jun 2011
Jam : 10.00 pagi – 8.00 malam ( Ahad – Khamis )
10.00 pagi – 10.00 malam ( Jumaat dan Sabtu ).

Promosi yang bertemakan “Kraf dan Perkahwinan Malaysia” ini mengetengahkan kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk kraf yang bersesuaian dengan persiapan majlis perkahwinan pelbagai masyarakat di Malaysia.

Jumpa kami di Booth BT23-Persada Sutera.. Kami menyediakan design2 Batik sutera terbaru dan ready made untuk anda... dapatkan sepasang di booth
kami..harga kami adalah yang terbaik.




Thursday, April 7, 2011

Promosi 'Beli Kraf Malaysia' 2011

Bertempat : AEON CHERAS SELATAN, BANDAR TUN HUSSEIN ONN (JJ balakong)

Tarikh: 5 – 17 APRIL 2011 (10pg-10mlm)


Kraftangan Malaysia juga berkesempatan mengadakan Promosi di Pusat Beli-belah AEON Cheras Selatan, Bandar Tun Hussein Onn pada 5 hingga 17 April 2011 ini selama 13 hari. Senarai enam belas (16) usahawan kraf dalam pelbagai bidang akan menyertai promosi ini.

Promosi agresif yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia memberi peluang kepada usahawan untuk berurus niaga terus kepada pelanggan di samping memperkenalkan produk kraf rekaan terkini untuk dimiliki oleh orang ramai. Usahawan kraf digesa memanfaatkan peluang dan kemudahan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia sebaiknya dalam memperluaskan pasaran produk kraf masing-masing.


Persada sutera berada disini... jom beli kraf malaysia..